Perkembangan Persekitaran Pembelajaran
Selaras dengan keadaan generasi internet, perkembangan teknologi yang mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan seluruh dunia turut berubah, persekitaran pembelajaran daripada bilik darjah formal kepada bilik darjah maya. Perkembangan ini akan terus mengubah persekitaran pembelajaran kepada pembelajaran personal.
Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE):
1. Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
2. Pembelajaran informal dan formal boleh berlaku.
3. Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian.
4. Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya.
5. Interaksi sosial berlaku melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial.
6. Memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Antara perisian dalam PLE adalah:
a. Word processor untuk menghasilkan penulisan.
b. E-mel- mendapatkan maklumat daripada tokoh, rakan dan sebagainya.
c. Diari - menguruskan pembelajaran dan berkongsi dengan orang lain.
d. Audio - menyediakan podcast.
e. Video editor untuk persembahan multimedia.
f. Weblog.
g. Photo sharing service.
h. Web browser-firefox, windows.
i. Bookmark sharing service.
j. Podcast publishing.
k. Newsreader.
l. Instant messaging-skype.
Persekitaran Bilik Darjah Maya (Virtual Classroom)
1. Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended.
2. Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran.
3. Pelajar perlu berdaftar.
4. Kawalan berlaku melalui papan buletin.
5. Tiada interaksi sosial.
Rajah di bawah menunjukkan persamaan dan perbezaan PLE dan Bilik Darjah Maya