Tuesday, 15 September 2015

Perkembangan Persekitaran Pembelajaran

Selaras dengan keadaan generasi internet, perkembangan teknologi yang mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan seluruh dunia turut berubah, persekitaran pembelajaran daripada bilik darjah formal kepada bilik darjah maya. Perkembangan ini akan terus mengubah persekitaran pembelajaran kepada pembelajaran personal.

Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE):
1. Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
2. Pembelajaran informal dan formal boleh berlaku.
3. Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian.
4. Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya.
5. Interaksi sosial berlaku melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial.
6. Memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Antara perisian dalam PLE adalah:
a. Word processor untuk menghasilkan penulisan.
b. E-mel- mendapatkan maklumat daripada tokoh, rakan dan sebagainya.
c. Diari - menguruskan pembelajaran dan berkongsi dengan orang lain.
d. Audio - menyediakan podcast.
e. Video editor untuk persembahan multimedia.
f. Weblog.
g. Photo sharing service.
h. Web browser-firefox, windows.
i. Bookmark sharing service.
j. Podcast publishing.
k. Newsreader.
l. Instant messaging-skype.

Persekitaran Bilik Darjah Maya (Virtual Classroom)
1. Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended.
2. Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran.
3. Pelajar perlu berdaftar.
4. Kawalan berlaku melalui papan buletin.
5. Tiada interaksi sosial.

Rajah di bawah menunjukkan persamaan dan perbezaan PLE dan Bilik Darjah Maya


Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran.

Perkembangan teknologi yang begitu pantas menghasilkan perubahan demi perubahan yang tidak sempat dijangka oleh fikiran. Pelbagai bentuk inovasi dalam semua aspek dapat kita lihat setiap hari. Penggunaan teknologi dalam pengajaran berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya adalah:

1. Persembahan penyampaian- power point dan grafik lain, tayangan video, memainkan audio rakaman dan menggunakan smart board interaktif.
2. Penggunaan sumber internet dalam pengajaran- penggunaan e-mel, papan maklumat dalam talian, blog dan portal dan alat komunikasi yang lain.
3. Perpustakaan maya, laman sesawang, e-buku dan e-jurnal.
4. Database dan dataset dalam pengajaran.
5. Electronic voting system (sistem undian elektronik).
6. Menggunakan podcasting dan vodcasting.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa sebab dan kesan yang menjadi halangan kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran seperti yang terdapat dalam rajah di bawah.


Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang.

Hasil dari perkembangan teknologi yang begitu pesat, Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang satu inovasi yang utama dalam sistem pendidikan. Pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video,  persembahan power point, penerangan audio dan perisian lain dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran hanya melalui laman sesawang dan tiada pertemuan bersemuka dengan guru.

Terdapat 7 fungsi penting dalam pembelajaran ini berdasarkan rajah di bawah:


Bahan Sumber Pembelajaran

Perkembangan e-pembelajaran dengan komputer peribadi, komputer riba, notebook dan netbook menjadi alat utama akan turut mengembangkan penggunaan bahan sumber pembelajaran berikut secara meluas.  


Pembelajaran elektronik (e-learning)


Pembelajaran Berasaskan Projek

Definisi:
1.Kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan dan direka bentuk untuk menghasilkan  produk atau   tugasan.
Dua bentuk projek:
a) projek ringkas berdasarkan satu mata pelajaran. Tempoh masa 1 atau 2 minggu sahaja.
b) projek jangka masa panjang (mungkin 1 tahun pengajian)
berbentuk rentasan kurikulum (pelbagai mata pelajaran) dan penglibatan komuniti luar sekolah.
2. Strategi pengajaran yang membolehkan pelajar membuat aplikasi isi pelajaran kepada 
permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis dan meningkatkan tanggungjawab 
pelajar terhadap pembelajaran.
3. Penekanan kepada pengajaran berpusatkan pelajar, mempunyai autonomi dan membina           
pembelajaran masing-masing.


Pembelajaran berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Masalah dikatakan sebagai satu strategi pembelajaran melalui 'membuat' atau 'melakukan' (learning by doing)

Ciri-ciri:
1. Masalah yang realistik (berdasarkan dunia sebenar) yang dapat menarik perhatian dan minat pelajar.
2. Masalah yang mencabar (pengetahuan sedia ada pelajar, sikap dan kompetensi pelajar).
3. Pelajar perlu mencari maklumat baharu untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah.
4. Tanggungjawab belajar ialah tanggungjawab pelajar.
5. Guru membantu, membimbing dan membuat scaffolding
6. Kemahiran mencari maklumat dan menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber.
7. Proses mengenal pasti isu-isu pembelajaran dan menyelesaikan masalah adalah penting dalam mencari jalan untuk menyelesaikan masalah.
8. Pelajar belajar dalam kumpulan koperatif dan secara kolaboratif.
9. Sintesis pelbagai maklumat perlu untuk menyelesaikan masalah.
10. Refleksi pengalaman pembelajaran.





Konsep Inovasi

Idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.
                                              (Ronger E Miller, 1971)

Sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.
                                                                                                (Spencer, 1994)

Idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
                                                                           (Glosari Teknologi Pendidikan 1995)

Inovasi adalah perubahan penting yang bermanfaat. Bermaksud sebarang perubahan yang dibuat dapat memberikan manfaat kepada semua tanpa mengira ideologi atau hasilan siapakah dan daripada fahaman manakah perubahan tersebut. 

Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini:
* berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
* Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan menggunakan       maklumat.